Mata Juling
Soalan yang sering ditanyai
Apakah mata juling/squint?
Ia adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Istilah ini digunakan untuk bermakna mata seseorang itu tidak lurus atau selari. Juling boleh arah ke dalam atau ke luar.
Apakah yang menyebabkan juling?
Ini biasanya disebabkah oleh otot- otot mata yang tidak berkeseimbangan. Juling konvergen berarah ke dalam, manakala juling divergen berarah ke luar.
Bila seseorang ada juling, adakah mata selalu kelihatan tidak selari?
Kadang-kadang juling akan kelihatan pada masa tertentu sahaja seperti bila seseorang letih. Untuk orang lain, juling akan tetap berada.
Mata bayi saya tidak kelihatan fokus. Perlukah saya risau?
Pada waktu baru lahir, mata biasanya tidak boleh fokus dengan baik bila melihat benda. Jadi mata mungkin akan bergerak dengan tidak tentu halanya. Pada umur 3-4 bulan, mereka boleh fokus dengan lebih baik dan matanya lebih selari. Bayi 6 bulan biasanya boleh fokus jarak jauh dan dekat.
Kalau ibubapa mengesan keadaan juling dalam kanak-kanak berumur 4 bulan ke atas, mereka dinasihatkan menjumpa pakar mata untuk konsultasi. Rawatan awal juga penting untuk sebab yang lain, kerana penyakit serius seperti barah juga boleh menyebabkan juling.
Bolehkah juling terjadi baru selepas lahir?
Juling boleh terjadi baru selepas lahir. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa seperti selepas penyakit atau kecederaan.
Apakah peratusan kanak-kanak yang mengalami juling?
Kira-kiranya 2% kanak-kanak ada mata juling. Setengah daripada itu dilahirkan dengan juling.
Mengapakah juling boleh menjadi masalah?
Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Kerana itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Process ini akan menyebabkan ambliopia atau mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang muda kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda.
Apakah juling palsu atau pseudosquint?
Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti mereka ada juling tetapi sebenarnya tidak mengalami juling. Lapisan kulit yang berlebihan dekat sudut dalaman mata atau hidung yang rendah atau kedudukan mata yang berjarak dekat boleh menyebabkan juling palsu. Ini sering terjadi kepada kanak-kanak Asia dan biasanya keadaan ini hilang bila muka lebih dewasa.
Doktor pakar mata boleh mengesan keadaan ini dan ibubapa tidak perlu risau lagi kalau ini sebenarnya juling palsu.
Apakah rawatan untuk mata juling?
Untuk juling, ianya tidak bolen dibetulkan dengan sendirinya. Rawatan diperlukan. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan bergantung kepada jenis juling mata.
- Cermin mata biasanya diperskripsikan untuk membantu mata lihat dengan lebih baik
- Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
- Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
- Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gomabak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam, Seremban, Selangor, Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia.