Pterygium

Pterygium awal yang mulai menutup mata

 


Pterygium

Pterygium yang semakin bertambah dan akan menutupi penglihatan

 

 

 

Pterygium
Pterygium yang menumbuh daripada dua hala


Pterygium

Apakah pterygium?

Ianya sejenis pertumbuhan di lapisan luar (conjunctiva) mata putih.

Siapakah yang mengalami pterygium?

Orang yang sering bekerja di bawah cahaya matahari atau penghuni di negara tropika. Faktor lain yang menyebabkan pertumbuhan pterygium termasuk wap kimia, asap, habuk dan benda-benda lain yang terbang masuk ke dalam mata.

Apakah simptomnya?

Mata akan rasa tidak selesa, merah dan berair.

Apakah akibat mengalami pterygium?

Bila pterygium semakin besar, ia boleh menyebabkan astigmatisma atau silau. Ada pterygium yang bertumbuh dengan perlahan, manakala adanya yang bertumbuh dengan cepat. Bila pterygium meliputi bahagian tengah kornea, penglihatan akan menjadi kabur.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan pertumbuhan pterygium yang berlebihan?

Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai cermin mata yang melindungi mata daripada faktor-faktor tersebut. Menitis airmata tiruan boleh mengurangkan ketidakselesaan mata. Kadang-kadang ubat tits steroid akan digunakan untuk mengurangkan radang.

Apakah cara yang terbaik untuk melindungi mata?

Memakai cermin mata gelap boleh melindungi mata daripada cahaya matahari dan angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti persekitaran yang berhabuk.

Bilakah pterygium perlu dibedahkah?

Ini terpulang kepada nasihat doctor. Kalau pterygium akan sampai tahap yang boleh menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik untuk dikeluarkan. Kalau pterygium menyebabkan rasa berpasir atau selalu merah, ini juga indikasi untuk mengeluarkannya. Pterygium yang menyebabkan tahap silau yang tinggi juga perlu dikeluarkan untuk mengurangkan silau atau astigmatisma.

Apakah yang dilakukan semasa pembedahan pterygium?

Pembedahan ini biasa dilakukan di bilik procedure atau dewan pembedahan. Pterygium dikeluarkan dengan teliti, Supaya kadar pertumbuhan balik pterygium boleh dikurangkan, doktor juga akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian sihat dan menampalkannya di bahagian pterygium yang telah dikeluarkan. Ini dipanggil conjunctiva graft. Kalau teknik graft ini dilakukan ini membolehkan kadar pertumbuhan pterygium dikurangkan sebanyak 6 kali ganda. Setelah pembedahan, anda biasanya diberi ubat titis steroid untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan balik pterygium.

Berapa lamakah pembedahan ini?

Ini biasanya dalam lingkungan setengah jam. Ada jenis pterygium yang lebih sukar untuk dikeluarkan dan akan mengambil masa yang lebih lama.

Bilakah saya boleh melihat semula?

Baru selepas pembedahan, mata anda akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang-kadang berair dan ini menyebabkan kekaburan mata yang sementara.

KKuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gombak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam. Selangor, Seremban, Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia