Berita
Terbaru -Video ini menayangan bagaimana selaput mata dikeluarkan daripada mata dan kanta tiruan dimasukkan mengunakan teknik terkini dan kuasa tenaga ultrasound yang rendah

 

Katarak Matang


Katarak Putih


Katarak

Penyakit mata yang boleh dirawati

Jika anda mengalami simptom yang berikut, ianya mungkin disebabkan oleh penyakit mata katarak (selaput mata)

Mata Biasa

Simptom Katarak

Sharp Alphabet
Blur Alphabet
Penglihatan menjadi kabur
Warna menjadi Kelabu
Light Flare
Silau terhadap cahaya lampu pada waktu malam

Cermin mata mungkin boleh membantu untuk sementara waktu sahaja, tetapi bukan untuk masa yang berpanjangan.

Informasi tentang Katarak

  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.

Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.

Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.

Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:

  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.

Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik.

*** Maklumat ini adalah untuk pengetahuan dan edukasi am sahaja. Sebarang masalah mata perlu dibincang dengan doktor mata anda sebelum memulakan rawatan.

Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gomabak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam. Outstation patients also seek our services from Seremban and other states like Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia. rawatan, katarak, selaput mata, glaukoma, retinopathi diabetes, pterygium, pingecula, ketumbit mata, kekeringan mata, mata juling, ambliopia (mata malas), kecederaan kima, penyakit kornea, degenerasi makula, infeksi mata, ulcer kornea