Katarak Matang


Katarak Putih


Soal–jawab tentang Katarak (Selaput Mata)

Sejenis penyakit yang boleh dirawati

Apakah Katarak?
Ianya sejenis selaput di dalam mata.

Bolehkah ianya dirawat dengan ubat titis atau ubat lain?

Tidak ada rawatan ubatan untuk katarak semasa ini.

Bagaimana dengan rawatan herba?
Rawatan herba sering diiklankan sebagai rawatan yang boleh mengelakkan, mengurangkan dan menghapuskan katarak. Tetapi tiada bukti sains yang menunjukkan rawatan herba boleh membasmikan katarak.

Bolehkah kanak-kanak mengidap penyakit katarak?
Ya. Ada bayi yang dilahirkan dengan katarak. Kanak-kanak kecil juga boleh mendapat katarak selepas kemalangan dan penyakit sistemik.

Apakah jenis pembedahan yang diperlukan?
Pembedahan ini melibatkan kanta yang telah mengandungi selaput dikeluarkan dan kanta intraocular dimasukkan untuk menggantikannya.

Bagaimanakah katarak dikeluarkan?
Katarak boleh dikeluarkan secara menyeluruh, jadi memerlukan incisi yang besar, atau ianya boleh dipecahkan kepada serpihan yang kecil dengan tenaga ultrasound dan disedut keluar. Cara kedua memerlukan incisi yang sangat kecil.

Berapa lama masa pembedahan?
Pembedahan biasanya mengambil 15-30 minit bergantung kepada kemahiran pakar bedah dan juga jenis katarak yang perlu dikeluarkan.

Apakah perbezaan diantara ECCE dan phacoemulsification(cara lebih baru)?
ECCE dalam bahasa Inggeris ialah Extracapsular Cataract Extraction. Incisi ini lebih besar daripada phacoemulsification dan ini memerlukan jahitan untuk menutupnya. Phacoemulsification menggunakan incisi 2.75mm ke bawah. Ini membolehkan penyembuhan yang cepat dan tidak menyebabkan silau yang banyak, jadi pesakit boleh melihat dengan lebih baik lebih cepat.

Bilakah saya boleh kembali kepada aktiviti normal?
Dengan cara phacoemulsification, ianya mengambil beberapa hari ke seminggu, kalau tidak ada komplikasi pembedahan. Untuk kaedah lama seperti ECCE penyembuhan mengambil lebih lama, agaknya 1 bulan.

Bilakah saya boleh nampak?
Setelah pembedahan phacoemulsification yang berjaya dan tidak mengalami komplikasi, penglihatan akan terang keesokan hari kalau bahagian lain mata sihat. Untuk kaedah lama seperti ECCE penglihatan mengambil lebih lama, agaknya 1-2 bulan sebelum stabil.


Perlukah saya memakai cermin mata?

Anda mungkin perlu cermin untuk membaca atau untuk jauh. Ini bergantung kepada aktiviti seharian dan berapa baik penglihatan anda selepas pembedahan.

Saya pernah mendengar mengenai kanta multifocal yang boleh digunakan. Adakah ini bermakna saya tidak perlu memakai cermin mata?
Ya, ada kanta multifocal yang boleh digunakan. Ini sepatutnya membolehkan pesakit melihat jauh dan dekat. Ada pesakit yang tidak perlukan cermin mata dengan kanta multifocal. Tetapi ada juga pesakit yang tidak puas hati dengan penglihatan mereka. Anda perlu membincang dengan pakar mata anda sekiranya anda sesuai untuk menggunakan kanta multifocal. Kanta ini lebih mahal dari kanta monofocal.

Mengikut pemahaman saya, ada beberapa jenis kanta yang boleh digunakan dalam mata untuk menggantikan kanta semulajadi dan harga kanta semua ini berlainan. Adakah apa-apa perbezaan?
Ada kanta intraocular yang beza-beza. Kanta yang boleh dilipatkan digunakan untuk kaedah phacoemulsification yang menggunakan incisi yang kecil lebih mahak daripada jenis yang tidak boleh dilipat, iaitu kanta PMMA. Harga kanta intraocular berbeza – beza bergantung kepada bahan buatannya dan ciri-ciri khas seperti “ square edge design”, filter UV, filter biru, “wave front technology” yang boleh mengurangkan “spherical abberation” dan silau. Kanta yang berkualiti tinggi lebih sesuai daripada berkualiti rendah, kerana kanta ini akan berada dalam mata anda seumur hidup. Pakar mata anda boleh menasihatkan anda mengenai pilihan kanta intraocular.

Kenapa pesakit perlu memakai cermin mata gelap selepas pembedahan?
Pesakit akan rasa lebih selesa dengan cermin mata gelap kerana ianya menolong mengurangkan silau baru selepas pembedahan.

Kenapa ada hospital yang memerlukan pesakit tinggal semalam di wad selepas operation, sementara ada pusat yang membolehkan pesakit pulang ke rumah kurang 1 jam selepas pembedahan? Adakah risiko lebih tinggi kalau pesakit tidak tinggal semalam di wad?

Pembedahan katarak moden biasanya dilakukan sebagai rawatan pesakit seharian di negara-negara progresif. Pesakit sebenarnya tidak perlu diwadkan. Hanya sahaja jikalau pesakit sendiri mahu ini dilakukan atau pesakit mengalami penyakit lain yang perlu diawasi. Pembedahan dilakukan di bawah ubat bius setempat, jadi tidak ada kesan sampingan seperti rasa loya, pening atau mengantuk seperti ubat bius sepenuh badan. Sebab itu pesaki boleh berjalan baru selepas pembedahan. Ramai pesakit lebih suka kembali ke rumah untuk rehat, serta kos untuk tinggal di hospital boleh dijimatkan. Rawatan pesakit seharian selamat dan selesa untuk pesakit. Doktor anda boleh menasihatkan anda samada anda sesuai untuk rawatan pesakit seharian. Kalau perlu, doktor juga masih boleh masukkan pesakit ke dalam wad.

Saya pernah mendengari tentang Laser-Phaco, apakah ini? Adakah ianya lebih baik dan baru daripada Phaco yang biasa?
Phacoemulsification menggunakan kaedah ultrasound untuk memecahkan katarak kepada serpihan yang kecil, membenarkan ianya disedut keluar melalui incisi yang kecil. Alat yang menggunakan kaedah laser juga mengikut prinsip yang sama. Laser lebih sesuai untuk katarak lembut dan katarak matang/keras lebih susah dikeluarkan dan mengambil masa yang lama dengan laser.

Pada keseluruhannya, phaco laser mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan tenaga ultrasound. Bila laser baru diperkenalkan, ia dihebohkan sebagai lebih selamat daripada ultrasound, tetapi sekarang alat ultrasound telah lebih canggih dan selamat digunakan.

Ramai pakar bedah mata lebih suka menggunakan tenaga ultrasound untuk merawati katarak kerana peralatan masa kini ini sangat berkesan dan memberi rawatan efektif. Kajian klinikal masih dijalankan dengan phaco laser serta teknik baru yang lain seperti tenaga plasma, “ water pulses”, “sonic wave energy” dan “ high-speed rotary-impeller technology”.

Apakah bimanual phaco, saya pernah mendengar ianya teknik terbaru?
Bimanual phaco ialah teknologi yang menggunakan incisi 1.1mm untuk melakukan phacoemulsification. Tetapi teknologi kanta belum lagi sampai tahap ini. Kanta masakini masih memerlukan incisi 1.1mm dilebarkan untuk memasukkan kanta, Jadi ini mensia-siakan manfaat incisi yang kecil. Kalau teknologi boleh diperbaiki lagi dan membolehkan kanta dimasukkan melalui incisi begitu kecil, teknik bimanual phaco akan menjadi lebih popular. Pada masakini tidak ada perbezaan dengan tahap penglihatan seseorang dengan teknik bimanual dan phacoemulfication biasa.

Beberapa pakar bedah mata mengatakan alat mesin pembedahan mereka adalah yang terbaik dan terbaru. Adakah ini menyebabkan apa-apa kesan setelah pembedahan?
Faktor-faktor seperti ukuran mata untuk kanta, kepakaran doctor dan alat mesin boleh memberi kesan kepada tahap penglihatan mata setelah pembedahan. Menggunakan mesin yang terbaik dan terbaru tidak semestinya memberi kejayaan 100%, tetapi ini bolehkan pembedahan dilakukan dengan lebih selamat dan cepat. Mesin yang baru mempunyai lebih ciri-ciri keselamatan dan membolehkan phacoemulsification dilakukan dengan lebih cekap.

Beberapa orang telah diminta oleh doktor mereka untuk melakukan pembedahan katarak serentak di dua belah mata. Apakah pembedahan katarak serentak di dua belah mata?
Ini bermakna katarak dua belah dikeluarkan dalam sesi yang sama. Procedur ini biasanya tidak disyorkan secara tradisional. Ini adalah kerana, kalau infeksi terjadi dalam satu mata, mata sebelah juga boleh dijangkiti dan kedua mata boleh menjadi buta serentak. Ada pakar mata yang merancangkan pesakit mereka mengalami pembedahan katarak dua mata dalam satu sesi kerana ini mengimatkan masa pembedahan dan juga wang pesakit kalau pesakit perlu membayar untuk setiap sesi dewan pembedahan digunakan. Untuk kes di mana kanta multifocal digunakan, seseorang mungkin mengalami kesukaran untuk adaptasi jikalau hanya sebelah mata ada kanta multifocal. Untuk ini, pakar bedah mungkin akan memberi pilihan untuk melakukan pembedahan katarak serentak dua mata.

Pembedahan katarak serentak di dua belah mata masih mengalami kontroversi diantara pakar bedah mata. Kesan sampingan yang ditakuti ialah endophthalmitis (infeksi mata dalam yang teruk). Seseorang sepatutnya hanya memilihkan pembedahan jenis ini jikalau semua risiko difahami. Kalau seseorang mengalami kemalangan selepas pembedahan ini seperti jatuh di tangga, incisi kedua-dua mata boleh terbuka dan memerlukan pembedahan kedua-dua mata. Ini menyebabkan dua kali ganda masalah tersebut.

Apakah yang dimaksudkan oleh pembedahan tanpa jahitan?

Dengan phacoemulsification, size incisi kurang dari 3mm. Jadi, kebanyakan masa, jahitan tidak diperlukan untuk menutupinya. Kalau incisi tidak tutup dengan baik, pakar bedah mungkin perlu untuk meletak jahit yang sementara untuk memastikan incisi sembuh. Ini adalah penting untuk mengelakkan tekanan yang rendah dalam mata dan infeksi.

Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gomabak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam. Outstation patients also seek our services from Seremban and other states like Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia. rawatan, katarak, selaput mata